TAJUK BUKU: ACTION RESEARCH IN EDUCATION
NAMA PENGARANG: ERNIE STRINGER
TAHUN: 2004
TEMPAT: NEW JERSEY COLUMBUS, OHIO
PENERBIT: PEARSON EDUCATION
Penyelidikan adalah satu bentuk transformasi pengajian yang meningkatkan "saham pengetahuan" yang menyediakan manusia dengan tujuan supaya kehidupan mereka lebih berkesan dan bermakna. Penyelidikan tindakan adalah satu proses penyiasatan yang sistematik. Tujuan penyelidikan tindakan adalah bagi menyediakan guru-guru dengan ilmu baru dan pemahaman yang membolehkan mereka untuk meningkatkan amalan pendidikan atau menyelesaikan masalah dengan berkesan dalam bilik darjah dan sekolah. Penyelidikan tindakan berpunca daripada satu tradisi kajian yang menitikberatkan kitaran, dinamik, dan pendekatan-pendekatan kolaboratif untuk siasatan.
Kurt Lewin melihat kajian tindakan adalah sebagai satu kitaran , dinamik, dan proses kerjasama di mana manusia dipengaruhi oleh isu-isu sosial dalam kehidupan mereka. Satu bentuk kajian tindakan biasanya digunakan untuk mengemukakan masalah-masalah asimilasi, pengasingan dan diskriminasi, membantu manusia untuk menyelesaikan isu-isu, perubahan permulaan, dan mengkaji kesan perubahan-perubahan tersebut. Kemmis dan McTaggart (1988) mengatakan bahawa kajian tindakan adalah "satu bentuk kolektif, refleksi diri yang dijalankan oleh para peserta dalam situasi-situasi sosial dengan tujuan meningkatkan kerasionalan dalam diri.
Satu proses siasatan biasanya melibatkan reka bentuk kajian, pengumpulan data, analisis data, berhubung hasil-hasil kajian dan mengambil tindakan. Penyelidikan tindakan mungkin digunakan sebagai satu proses pembangunan yang secara sistematik meningkatkan skop sesuatu siasatan yang dijalankan.
Buku ini juga menjelaskan tentang perbezaan antara dua paradigma kajian iaitu kajian kuantitatif dan kajian kualitatif atau dikenali juga sebagai naturalistic inquiry. Objektif utama kajian kuantitatif adalah menumpukan kepada alam semesta supaya boleh diperhatikan dan diterangkan dengan tepat. Melalui kaedah eksperimental, ia boleh mencari secara umum maklumat dengan tahap kepercayaan yang tinggi bahawa malumat tersebut boleh digunakan untuk pelbagai seting. Manakala kajian kualitatif memfokuskan kepada pemahaman sistem-sistem makna dan tafsiran semulajadi dalam kehidupan sosial seharian manusia. Kaedah kualitatif digunakan untuk manusia memahami bagaimana pengalaman dan mencari makna dalam setiap peristiwa yang terjadi.
Kajian tindakan memerlukan satu bentuk perhubungan yang berbeza berbanding dengan bentuk yang selalu digunakan oleh pakar professional. Kajian tindakan juga dapat mewujudkan prinsip-prinsip sosial iaitu demokratik dan beretika terutama kajian yang melibatkan proses-proses siasatan yang bersifat demokratik, penyertaan, member kuasa dan peningkatan kualiti kehidupan. Ini adalah dilaksanakan dalam syarat-syarat segera melalui terbentuknya pengajian komuniti dalam bilik-bilik darjah, sekolah-sekolah dan semua komuniti yang berkaitan dengannya.
Terdapat beberapa cara untuk memulakan sesuatu kajian. Antaranya ialah
1) Mencipta satu persekitaran penyelidikan yang produktif.
2) Mereka kajian (merumuskan satu pelan tindakan untuk memproses kajian).
3) Fokus kepada kajian dan menyatakan ia dalam syarat-syarat kajian.
4) Merangkakan skop siasatan.
5) Melibatkan diri dalam satu kajian semula risalah awal.
6) Mengenalpasti sumber-sumber data.
7) Mengambarkan kaedah-kaedah analisis data.
8) Mengambil akaun pertimbangan-pertimbangan beretika.
9) Wujud kesahan kajian.
Kesahan sesuatu kajian tindakan adalah disahkan melalui prosedur-prosedur wujudnya credibility (boleh dipercayai), transferability (boleh dipindah milik), dependability (ketergantungan), confirmability (boleh disahkan), degrees of participation (tahap-tahap penyertaan) dan utility (kemudahan).
MENGUMPUL DATA
Melalui kajian kitar Look-think-act langkah pertama adalah menyediakan maklumat awal daripada para peserta yang tertakrif dalam masalah dan soalan kajian serta menyediakan satu rancangan untuk menggubal siasatan. Pada kitaran seterusnya, para peserta mula untuk membina satu gambar masalah yang sedang mereka siasat. Akhirnya maklumat ini akan digunakan untuk membangunkan maklumat-maklumat dengan terperinci yang akan menjelaskan dan melanjutkan pemahaman mereka terhadap akta-akta , aktiviti-aktiviti, peristiwa-peristiwa, tujuan-tujuan, dan emosi-emosi yang dialami dalam kehidupan seharian manusia.
Matlamat utama bahagian ini dalam proses kajian adalah bagi mengumpul maklumat daripada pelbagai punca. Pengalaman-pengalaman stakeholder dan perspektifnya dilengkapi dengan pemerhatian-pemerhatian dan ulasan artifak serta kesusasteraan. Proses ini memerlukan fasilitator-fasilitator kajian dan peserta-peserta lain bagi membangunkan kepercayaan hubungan-hubungan yang membolehkan pertukaran maklumat dengan mudah.
Temubual adalah cara utama pengumpulan data yang mana ianya boleh menyediakan peluang-peluang lanjutan untuk stakeholders untuk merefleksikan pengalaman mereka. Ciri-ciri utama proses temubual termasuk:
1) Memulakan temubual.
2) Soalan-soalan grand-tour bagi mendapatkan jawapan peserta ( temubual berlaku pada satu tempat dan masa yang member kemudahan dan keselesaan untuk orang yang ditemu duga.
3) Soalan-soalan mini-tour dan segera untuk memperluaskan jawapan para peserta.
4) Teknik-teknik khas untuk bekerja dengan kanak-kanak.
5) Menggunakan kumpulan tumpuan untuk kerja usaha sama.
Maklumat juga diperolehi melalui melihat seting dan peristiwa-peristiwa. Satu kajian semula artifak juga boleh menyediakan pertambahan sumber maklumat. Ini mungkin termasuk rakaman, dokumen-dokumen, contoh-contoh kerja pelajar, bahan-bahan, peralatan dan kemudahan-kemudahan.
GAMBARAN: BERHUBUNG PROSES KAJIAN DAN HASIL-HASIL
Terdapat 3 format utama untuk membentangkan hasil-hasil bagi penyelidikan iaitu
1) Laporan bertulis.
2) Penyampaian.
3) Persembahan.
Dengan menyediakan laporan-laporan yang berbangkit membolehkan penyelidik memahami secara empetatik terhadap pengalaman-pengalaman peserta. Mereka harus menggambarkan pengalaman dan perspektif peserta dengan jelas dan tepat. Ia dibina bagi memenuhi keperluan para penonton dan mempunyai tujuan-tujuan yang khusus.
1) LAPORAN BERTULIS
Laporan bertulis adalah terbitan daripada produk-produk bagi analisis data. Ciri-ciri utama dan unsur-unsur dikenal pasti dalam proses-proses ini menyediakan dasar untuk akaun merefleksi perspektif, persepsi dan pengalaman individu-individu dan kumpulan-kumpulan yang menyertai dalam proses analisis.
Ia boleh dibuat dalam bentuk akaun-akaun, cerita-cerita, biografi-biografi atau etnografi bertulis sebagai akaun individu, bersama atau akaun secara bersama. Laporan ini juga boleh dalam bentuk laporan ringkasan tidak rasmi untuk projek peserta-peserta, laporan rasmi untuk penonton yang professional dan pentadbiran atau laporan akademik untuk jurnal-jurnal penyelidikan.
2) PENYAMPAIAN
Penyampaian boleh dibentangkan dengan menyepadukan pelbagai sumber media termasuk laporan-laporan lisan, carta-carta, carta-carta aliran, peta-peta, peta-peta konsep, seni, angka-angka, overhed-overhed, audio rakaman, video dan penyampaian elektronik.
3) PERSEMBAHAN
Persembahan boleh dibentangkan dengan sumber termasuklah drama, seni, puisi, muzik, atau format-format lain. Ia mungkin boleh disimpan, dipamerkan, dan disampaikan dalam satu kepelbagaian visual, aural, dan elektronik.
Antara prosedur-prosedur untuk membina laporan bertulis atau skrip untuk penyampaian dan persembahan adalah seperti:
1) mengenalpasti para penonton dan tujuan laporan.
2) memilih perspektif-perspektif peserta.
3) menyemak data.
4) memilih ciri-ciri utama dan elemen pengalaman daripada data yang dianalisis.
5) membina satu rangka kerja atau garis kasar menggunakan ciri-ciri tadi.
6) menulis laporan atau skrip.
7) menyemak dan menyunting laporan atau skrip.
8) memeriksa ahli untuk ketepatan dan kesesuaian.
Sunday, May 24, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment