AKTIVITI 1
Selepas mengikuti Program Bina Insan Guru. Refleksi ke atas masalah diri anda.
1) Senarai penambahbaikan yang perlu dilakukan dalam diri anda.
Antara masalah yang saya tidak dapat hilangkan dalam diri saya adalah:
- Masalah dalam pengurusan masa.
- Tidak berani untuk berhadapan dengan orang ramai.
- Malu dan gementar apabila diminta untuk berucap di hadapan.
- Kurang yakin pada diri sendiri.
Penambahbaikan yang boleh dilakukan:
- Boleh mengurus masa dengan baik dan teratur.
- Lebih berani untuk berhadapan dengan orang ramai.
- Tidak malu dan gementar untuk berucap di hadapan.
- Meningkatkan keyakinan dalam diri.
2) Rancang Pelan Tindakan untuk menambahbaik.
i) Matlamat Umum
· Mengubah tingkahlaku yang negatif dan memperbaiki kelemahan diri.
ii) Senarai Objektif
· Dapat mengurus masa dengan baik dan teratur.
· Mempunyai keberanian untuk berhadapan dengan orang ramai.
· Dapat menghilangkan perasaan gementar dan boleh berucap di hadapan .
· Dapat menambahkan keyakinan dalam diri.
3) Pelan Tindakan
i) Nyatakan langkah-langkah yang perlu diambil
- Datang kuliah 15 minit lebih awal, membuat jadual waktu dan menyiapkan kerja mengikut jadual tersebut.
- Melibatkan diri dalam pelbagai program. Contohnya sekarang saya cuba melibatkan diri dalam Program RDK yang mewajibkan setiap pelajar LD menjadi ketua jawatankuasa.
- Memberanikan diri untuk volunteer dalam kelas atau mana-mana program.
- Perbanyakkan interaksi antara orang-orang di sekeliling seperti kawan-kawan, pensyarah dan masyarakat. Contohnya Dr Hasnah telah mempertanggungjawabkan saya untuk menjadi ketua kelas bagi subjek pengajarannya. Dengan memegang tanggungjawab ini saya akan lebih yakin pada diri saya sendiri dan lebih bertanggungjawab.
ii) Rancang bagaimana anda ingin mengumpul data
- Buat refleksi daripada hasil kerja yang telah dilakukan.
- Tanya pada orang-orang di sekeliling terutama kawan-kawan dan pensyarah yang mengajar
iii) Bagaimana anda ingin memantau apa yang dirancang dilaksanakan.
- Kesedaran pada perubahan dalam diri.
- Tanya pada kawan disekeliling tentang perubahan pada diri saya.
- Tanya pendapat pensyarah yang mengajar.
- Aktiviti terlaksana mengikut jadual atau tidak.
iv) Bagaimana anda ingin menilai samaada apa yang dirancang dan dilaksanakan mencapai.
- Komentar-komentar yang diberikan oleh orang disekeliling saya dapat saya gunakan untuk menilai apa yang dirancang dan dilaksanakan tercapai.
AKTIVITI 2
Bentuk kumpulan dalam bidang yang sama:
(1 kumpulan 3 orang : lantik ketua, pencatat dan pembentang)
Tajuk : Sirah (Pembukaan Kota Mekah)
- Selepas mengikuti Kursus Kaedah Mengajar. Refleksi ke atas masalah atau penambahbaikan dalam pengajaran dan pembelajaran.
1) Masalah
- Kurang kemahiran dalam teknik bercerita.
- Kurang persediaan dan penguasaan tentang tajuk yang hendak diajar.
2) Penambahbaikan
- Tingkatkan kemahiran dlam teknik untuk bercerita.
- Membuat persediaan awal dan meningkatkan penguasaan dalam tajuk yang hendak diajar.
3) Matlamat Umum
- Memperbaiki kelemahan diri dalam Pengajaran dan Pembelajaran.
4) Strategi
- Memperbanyakkan membaca, memahami bahan-bahan ilmiah tentang kemahiran bercerita dan mempraktikkan teknik penceritaan dalam kelas.
- Bertukar-bertukar teknik penceritaan mengikut respon pelajar dengan melibatkan pelajar dalam teknik tersebut.
- Membuat persediaan awal sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran dan menguasai keseluruhan tajuk dengan memperbanyakkan bahan bacaan agar mudah untuk diajarkan kepada murid dan persoalan murid dapat dijawab dengan baik.
No comments:
Post a Comment