Wednesday, May 13, 2009

KULIAH 4: LANGKAH-LANGKAH DALAM PROSES KAJIAN TINDAKAN

LANGKAH-LANGKAH DALAM PROSES KAJIAN TINDAKAN (Johnson, 2005)
1) Merumuskan masalah, persoalan dan bidang yang diminati.
2) Merancang pengumpulan data.
3) Pengumpulan dan penganalisaan data.
4) Membentuk pelan tindakan
5) Berkongsi dapatan dan pelan tindakan.
6) Kajian Perpustakaan.

KAJIAN PERPUSTAKAAN

- Sorotan ke atas bahan-bahan literature seperti buku, jurnal, artikel seminar dan laporan.
- Dilakukan secara kritikal ke atas poin-poin yang dikemukakan.

MEMBANDINGKAN DAN MEMBEZAKAN
- Mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan criteria seperti ciri-ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu objek atau peristiwa.
- Kemahiran ini digunakan apabila:
a) Terdapat dua atau lebih cirri atau kemungkinan.
b) Membuat pilihan atau keputusan.
- Langkah penggunaan:
a) Perhatikan dan berikan tumpuan kepada satu atau beberapa ciri kajian tindakan (sampel, seting, prosedur, pengumpulan dan penganalisaan data).
b) Kenal pasti ciri kajian tindakan itu.
c) Tentukan sama ada kajian tindakan yang lain mempunyai ciri yang sama.
d) Nyatakan ciri itu sama atau berbeza.

MENGANALISIS
- Mengolah maklumat dengan menghuraikannya kepada bahagian yang lebih kecil bagi memahami sesuatu konsep atau peristiwa serta mencari makna yang tersirat.
- Kemahiran ini digunakan untuk mengenali bahagian-bahagian, memahami hubungkait antara bahagian dan mengenali prinsip yang terlibat.
- Menganalisis ialah suatu kemahiran yang kompleks menggunakan beberapa ciri kemahiran berfikir.

MENILAI
- Membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara dari segi kebaikan dan kelemahan berdasarkan bukti dan dalil yang sah.
- Kemahiran ini digunakan untuk membuat keputusan bagi
a) Memilih sesuatu.
b) Menerima atau menolak sesuatu idea.

MEMBUAT KESIMPULAN
- Membuat pernyataan tentang hasil sesuatu kajian yang berdasarkan kepada sesuatu hipotesis atau mengukuhkan sesuatu perkara berdasarkan penyiasatan.
- Kemahiran ini digunakan untuk membuat keputusan merangkumi sesuatu, meramal dan menyokong pernyataan.

MENSINTESIS
- Menggabungkan idea, unsur, item dan perkara yang berasingan untuk menghasilkan gambaran yang menyeluruh dalam bentuk pernyataan, esei, lukisan dan artifak.

2 comments:

  1. SELAMAT HARI GURU
    Selamat ber-Kajian Tindakan
    Selamat ber-Seminar

    ReplyDelete
  2. 2017 ford fusion hybrid titanium - Titanium Art
    2021-08-09 | Discover The Art of is titanium a conductor Fusion Titanium at Tinium Art microtouch titanium in Tinium and infiniti pro rainbow titanium flat iron explore titanium bolts your favorite recipes. race tech titanium

    ReplyDelete