Sunday, May 10, 2009

KULIAH 3:PENGURUSAN PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN (Dr Mohd Izham)

1) KONSEP PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN

§ Masyarakat yang maju dan saintifik adalah hasrat Wawasan 2020. Masyarakat yang maju dan saintifik sentiasa bersedia menerima perubahan untuk menjadi lebih baik. Kemajuan pula bererti berubah daripada keadaan sedia ada kepada keadaan yang lebih baik. Fikiran terbuka untuk menerima idea baru dan berubah mengikut objektif yang dikehendaki amat penting.

§ Agen perubahan utama ialah pendidikan. Pendidikan dan latihan merupakan wahana terpenting di dalam pembangunan sumber manusia ke arah pencapaian matlamat pembangunan negara. Pendidikan bertaraf dunia atau `world class? akan menentukan kejayaan perubahan insan. ( Mohd Najib , 1997 )

§ Perubahan dalam pendidikan tidak dapat dielakkan. Masa dan pelbagai faktor lain menuntut perubahan dalam pendidikan. Perubahan ialah salah satu fakta yang wujud dalam pendidikan. Ada faktor luaran dan dalaman yang mendesak dan menekan untuk melakukan perubahan.

§ Perubahan ialah satu pola penukaran kelakuan ataupun status yang stabil kepada satu pola kelakuan dan status stabil yang lain. Ini bermakna perubahan tidak dapat dielakkan apabila sudah tiba masanya (Carzo dan Yanouzas)

( "http://ms.wikipedia.org/wiki/Perubahan_Pendidikan")

§ Menurut Oliver (1996) dalam Buku The Management of Educational Change : A Case Study Approach, perubahan didapati lebih mengambarkan ciri-ciri pendidikan berbanding dengan kestabilan.

2) OBJEKTIF PERUBAHAN PENDIDIKAN

Berikut ialah beberapa objektif perubahan pendidikan

  1. Mengurangkan konflik -Persekitaran masyarakat dalam sesebuah negara semakin kompleks. Pelbagai faktor yang ada akan menimbulkan persaingan sengit untuk merebut peluang-peluang dan sumber yang terhad. Faktor-faktor seperti ekonomi, teknologi, politik dan sosio budaya akan meningkatkan konflik di dalam masyarakat. Kecekapan menguruskan masyarakat majmuk dan kompleks seperti di Malaysia memerlukan perubahan pendidikan kerana pendidikan merupakan agen perubahan masyarakat yang penting.
  2. Meningkatkan Daya Pengeluaran - Pengetahuan dan kemahiran rakyat sesebuah negara perlu ditingkatkan mengikut peredaran masa. Apabila ilmu setiap warga negara meningkat , produktiviti akan meningkat. Dalam sesebuah organisasi , kecekapan dan prestasi pekerja akan meningkat . Hasilnya ialah proktiviti meningkat dan pendapatan negara akan bertambah.James Worthy menyatakan kerjasama di kalangan pekerja akan bertambah sekiranya perubahan struktur dilakukan. Perlu ada tindakan pengurangan pengkhususan individu .
  3. Meningkatkan motivasi. Motivasi luaran dan dalaman menyumbang kepada peningkatan penerimaan perubahan. Semakin besar motivasi dalaman semakin tinggi percubaan untuk menerima perubahan.

Peranan pentadbir adalah memberikan motivasi yang tinggi dan sentiasa memastikan setiap pekerjanya bermotivasi tinggi. Perubahan sukar dilakukan jika pekerja mempunyai motivasi yang rendah.

("http://ms.wikipedia.org/wiki/Perubahan_Pendidikan)

3) JENIS-JENIS PERUBAHAN

Mengikut Dessler (1995), terdapat 4 jenis perubahan iaitu

1) Perubahan ke arah peningkatan

Perubahan ini memberi kesan kepada komponen-komponen tertentu dalam organisasi seperti berlakunya perubahan dalam struktur organisasi, memperkenalkan teknologi baru dan mengadakan program pembangunan staf untuk meningkatkan komitmen dan produktiviti staf.

2) Perubahan strategik organisasi.

Perubahan yang dilakukan mengikut persekitaran dan melibatkan keseluruhan organisasi seperti mendefinisikan semula peranan organisasi, perubahan nilai teras organisasi, pembentukan semula misi dan visi serta perubahan struktur dan strategi organisasi.

3) Perubahan reaktif (ada tindakbalas)

Perubahan ini berlaku akibat tindakbalas langsung daripada pelanggan dan pihak berkepentingan (stakeholders). Kepekaan pelanggan dan stakeholders terhadap isu-isu persekitaran dan etika memerlukan organisasi melakukan perubahan. Contoh perubahan PPSMI (Pengajian matematik dan sains daripada bahasa melayu kepada bahasa inggeris).

4) Perubahan akibat daripada jangkaan (kesedaran).

Perubahan dilakukan bukan disebabkan oleh desakan pelanggan tetapi kerana terdapatnya kesedaran dalam kalangan pengurusan yang perlu diadakan perubahan bagi memastikan organisasi memperoleh kebaikan kompetetif.

5) PERUBAHAN ADALAH KOMPLEKS

v Perubahan dikaitkan dengan proses Evolusi dan Revolusi

v Evolusi – perubahan yang menghasilkan kesan yang sedikit dalam tempoh yang panjang dan menyebabkan perubahan yang ketara dalam status quo.

v Revolusi – perubahan yang pantas dan meninggalkan kesan yang membinasakan.

v Kompleksiti perubahan merupakan fokus bagi mendapatkan maklumat tentang perubahan dan tindakan yang perlu diambil untuk mengimplementasikan perubahan.

6) PERUBAHAN ADALAH MULTIDIMENSI

§ Keputusan untuk melakukan perubahan melibatkan pelbagai pertimbangan iaitu dengan mengenalpsti semua dimensi perubahan.

§ Terdapat 6 dimensi yang perlu difahami iaitu:

1) Tujuan perubahan. Perubahan yang dirancang adalah untuk mencapai tujuan tertentu. Antara tujuannya adalah untuk mengadakan penambahbaikan terhadap sesuatu keadaan atau sistem.

2) Unit perubahan. Merujuk kepada fokus utama sesuatu perubahan yang dirancang. Ia terdiri daripada individu, kumpulan, jabatan, organisasi, sistem organisasi dan komuniti. Dalam melaksanakan perubahan, unit perubahan daripada unit yang kecil (individu) kepada unit yang besar (komuniti).

3) Sifat perubahan. Daft (1983) berpendapat untuk menghasilkan perubahan pada unit yang besar perlu dilakukan perubahan pada peringkat yang lebih kecil dahu lu.

4) Magnitud perubahan. Merujuk kepada sejauhmanakah perubahan yang dirancang akan diimplementasikan. Menurut Chambers (1977), perubahan dalam skala yang besar akan memberi kesan yang menarik tetapi sukar untuk diimplementasikan dan sebaliknya.

5) Skop perubahan. Skop terhadap sejauhmanakah penambahbaikan dalam perubahan dapat ditentukan dengan menggunakan instrumen penilaian seperti interview, pemerhatian dan analisa dokumen.

6) Jangkamasa perubahan. Terdapat pandangan yang berbeza dari segi hubungan masa dan kesan perubahan. Kottler (2001) dalam kajian terapi jangka pendek telah mengenalpasti 3 jenis perubahan yang dilalui oleh pelanggannya. Pertama, perubahan yang berlaku secara spontan tidak memberi kesan yang mendalam. Kedua, perubahan minima dikecapi setelah melalui penentangan awal. Ketiga, perubahan yang berterusan merupakan perubahan yang stabil, progresif dan kekal.

6) MODEL-MODEL PERUBAHAN

1) Model Penggabungan Roger

Menurut model Roger, proses bermula apabila masalah atau keperluan telah dikenalpasti. Masalah ini dikenalpasti melalui penyelidikan keadaan semasa, kerja makmal atau jangkaan pembangunan akan datang. Rogers mengakui bahawa inovasi tidak semestinya terhasil daripada penyelidikan semata-mata tetapi mungkin terhasil daripada amalan praktik dimana pengamal mencari jawapan kepada permasalahan yang timbul.

2) Model Kanter

Kanter (1998) menegaskan bahawa struktur dan inovasi boleh difahami dengan lebih baik jika proses inovasi dibahagikan kepada 4 tugas utama iaitu penjanaan idea, membina idea, realisasi idea dan pemindahan idea.

3) Model Rand

Model ini berasaskan kajian yang dijalankan oleh Rand Corperation pada tahun 1973-1978 dengan sokongan Pejabat Pendidikan Amerika Syarikat mengenai perubahan pendidikan. Menurut Berman dan Mc Laughlin, proses perubahan di sekolah melibatkan 3 langkah iaitu daya usaha, impementasi dan penggabungan.

4) Model ACOT

Model yang berdasarkan Projek Apple Classroom of Tomorrow(ACOT), kajian pengenalan komputer di dalam bilik darjah. Model ini mempunyai 5 langkah perubahan dalam P & P iaitu kemasukan, memilih, meyesuaikan, penggunaan dan merekacipta.

7) PUNCA PENOLAKAN PERUBAHAN

· Zaman sentiasa berubah dan beredar dengannya. Mareka yang gagal untuk berubah akan ketinggalan zaman. Tidak ada bangsa atau negara yang boleh mengasingkan diri daripada melakukan perubahan, menerima perubahan, baik perubahan dari luar, mahupun perubahan dari dalam.

· Terdapat banyak sebab mengapa manusia menolak perubahan pendidikan. Penolakan perubahan pendidikan ini dapat dikategorikan kepada faktor masyarakat , kepentingan politik dan agama.

  1. Apa yang tidak diketahui akan menyebabkan ketakutan dan mendorong penolakan. Penstrukturan semula organisasi, perubahan dasar pendidikan dan lain-lain akan menyebabkan seseorang tidak pasti akan kesannya kepada pekerjaan mereka. Manusia mahu rasa terjamin dan boleh mengendalikan perubahan itu.
  2. Tidak mengetahui sebab perubahan itu juga akan menyebabkan perubahan tidak dapat diterima. Malahan , seringkali tidak jelas kepada mereka yang terbabit mengapa perubahan itu perlu.
  3. Perubahan mungkin juga menghasilkan pengurangan faedah atau kehilangan kuasa.
  4. Zon Selesa. Seringkali ahli organisasi berada dalam zon selesa. Zon selesa ialah suatu keadaan di mana individu berada dalam keadaan tenang, terjamin dan selamat. Rasa selamat dan perasaaan serba cukup itu menyebabkan seseoarang itu tidak mahu melakukan perubahan. Hanya tekanan yang jitu sahaja dapat meransang motivasinya untuk berubah.

· Berfikirlah secara positif dan kreatif. Anggaplah dan lihatlah setiap situasi yang muncul dengan tiba-tiba dan memerlukan perubahan sebagai satu peluang.

· Sebarang perubahan memerlukan keseimbangan baru di dalam sistem itu , ia akan ditentang tetapi secara relatif tidak sering berlaku. Apabila perubahan berlaku, haluan perubahan itu akan ditentang dengan kuat. ("http://ms.wikipedia.org/wiki/Perubahan_Pendidikan")

AKTIVITI 3
Nyatakan 8 sebab mengapa orang menentang perubahan dan bincangkan cara penyelesaiannya.


1) 8 SEBAB MENGAPA ORANG MENENTANG PERUBAHAN
1. Perubahan dilakukan adalah secara drastik
2. Perubahan dilakukan tanpa mengambil kira kesan jangka panjang
3. Sesuatu perubahan yang dilakukan dianggap sebagai perosak apa yang sedia ada
4. Sikap sesetengah individu yang ortodok terhadap sesuatu perubahan yang ingin dilakukan
5. Penyalahtafsiran terhadap tujuan sesuatu perubahan
6. Perubahan yang sedikit tetapi melibatkan semua organisasi
7. Perubahan dalam skala yang besar memerlukan perancangan yang rapi dan sukar
dilakukan/dilaksanakan
8. Perubahan yang dilakukan tidak memenuhi tuntutan/keperluan komuniti


2) CARA PENYELESAIAN
1. Perubahan yang dilakukan mestilah dirancang secara teliti dan mengambil kira kesan jangka masa pendek dan jangka masa panjang
2. Menunjukkan perlaksanaan kepada perubahan yang dilakukan memberi impak yang positif dan menguntungkan semua pihak
3. Perlu mengambil kira pandangan/pendapat orang di sekeliling yang akan menerima perubahan
4. Individu yang ortodok perlu merubah sikap supaya lebih bersikap terbuka dan menerima perubahan yang hendak dilakukan
5. Bagi mengelakkan penyalahtafsiran terhadap tujuan sesuatu perubahan, tujuan/matlamat mestilah jelas dan terang
6. Perlu mengambil kira tentang semua organisasi yang terlibatwalaupun perubahan yang sedikit dilaksanakan
7. Perubahan yang akan dibuat memerlukan perancangan yang rapid an menyeluruh
8. Sebelum melakukan perubahan, perlu membuat kajian terlebih dahulu seperti mengenalpasti jenis-jenis perubahan yang boleh memenuhi tuntutan/keperluan komuniti pada masa itu.

AHLI KUMPULAN:

1) RADIAH BINTI ZAKARIA

2) ZAHWATI BINTI SEMAN

3) AISYATULASHIQAH BINTI MOHAMED

No comments:

Post a Comment